PENGENALAN


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

PENGETUA DAN GURU BESAR
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA | GURU NILAM
SEKOLAH AHLI
PUSAT KEGIATAN GURU KG PANDAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Ruangan ini diwujudkan bertujuan untuk memberi kemudahan bagi pihak sekolah ahli untuk merekodkan data bacaan NILAM murid bermula tahun 2018. Dimaklumkan juga NILAM baharu yang ditambahbaik telah mula digunapakai secara rasminya bermula awal Januari 2018. Taklimat serta bengkel berkaitan NILAM ini telahpun diberi oleh pegawai kepada kesemua Guru Perpustakaan Dan Media serta Guru NILAM pada tahun 2017. Pihak sekolah hanya mengisi data yang sama seperti yang terkandung di dalam Buku NILAM murid ke dalam pautan berasingan mengikut sekolah masing-masing. Sistem yang dibangunkan ini akan menyediakan analisis secara automatik yang boleh disemak dan dimuatturun oleh GPM dan Guru NILAM untuk direkodkan di sekolah serta dibuat pembentangan semasa mesyuarat pengurusan sekolah mahupun mesyuarat Pusat Sumber Sekolah. Pengisian pula terbuka samada diisi oleh Guru Perpustakaan Dan Media (GPM), Guru NILAM atau guru kelas sendiri selepas mengesahkan rekod melalui Buku NILAM.

Sekian terima kasih.